Skip to content

Just Another Lifestyle Blog By Faisal

Social Network Badges

Lifestyle,Photography & Business Blog

fa1 Lifestyle,Photography & Business Blog

Assalamualaikum & Salam sejahtera…

Sebelum korang membuat keputusan untuk menghasilkan blog,korang perlu ada hala tuju kemana korang ingin bawa blog korang itu.Jika korang tak ada perancangan untuk blog korang,nanti akan jadi hangat-hangat taik ayam.Mula-mula bersungguh-sungguh tapi bila ditimpa dugaan sikit,terus give-up.Rugilah macam tu.

Blog ini memang dibina untuk menceritakan perihal personal(Lifestyle) tetapi tidaklah 100% atau bercerita mengenai diri sendiri sebaliknya aku juga ingin berkongsi mengenai minatku didalam bidang PhotographyBusiness.Jujurnya aku memang minat untuk mengambil gambar tetapi bukanlah gambar sendiri tetapi gambar-gambar menarik yang berlaku disekitar kita,di jalan-jalan,lorong-lorong,hidupan,pokok dan lain-lain.Malangnya sampai sekarang impian itu tidak kesampaian.So next target selepas kereta adalah DLSR…hehe…

fa2 Lifestyle,Photography & Business Blog

Kenapa sesebuah blog itu harus memiliki hala tuju yang tersendiri??Sebabnya mudah sahaja.Supaya apabila korang apply untuk join syarikat pengiklanan seperti Nuffnang,Innity,Advertlets,AdsFactor dan lain-lain,korang akan tahu blog korang berada di kategori mana.Pihak pengiklanan pula mudah nak berikan kempen apa yang sesuai dengan niche @ kategori blog korang nanti.Itulah tujuan utamanya… =)

Nak hidup lama dengan blog ni mudah je,tulis dan kongsikan apa yang kita minat.Jangan ikut apa yang orang lain minat nanti buat blog seperti melepaskan batuk ditangga.Ketahuilah bahawa menulis blog ini adalah satu kerjaya yang berpotensi untuk dikembangkan.Aku bercita-cita untuk membuat sebuah syarikat untuk projek Media Online kelak.Media untuk berita-berita semasa seperti MalaysiaKini.Insya-Allah,oneday impian itu pasti akan tercapai.

Okaylah,sekarang ini korang pergi masuk semula ke blog masing-masing dan fikirkan blog korang berada di kategori mana?Jika teringin nak apply Innity,cuba check kategori yang ditawarkan dan adakah blog korang berada didalam kategori yang disediakan itu???Jika tidak,korang mungkin akan dapat kategori Malay sahaja…haha.

Sekian.Adios.

Share Our Posts

Share this post through social bookmarks.

  • Delicious
  • Digg
  • Newsvine
  • RSS
  • StumbleUpon
  • Technorati

12 Pembaca Telah Menyertai Perbincangan Ini!Jom Tinggalkan Komen Anda Disini!.

Comments

Tell us what do you think.

  1. Junaidi Mohamed says: February 6, 2012

    Lama dah tak baca entri di sini dan di 2dayblogger… Setuju sangat dengan fakta berblog dengan memfokuskan perkongsian apa yang kita minat dan tahu halatuju blog sendiri.

    Kemudian ayat …”seperti melepaskan batuk ditangga” tu aku nak komen sikit le. Dulu guru Bahasa Melayu SPM aku sekeh aku sampai aku ingat hingga ke hari ini. Perkataan batuk yang aku letak tu dia marah sebab yang betul ialah “Seperti melepaskan batok di tangga”. Mula-mula aku heran dan bengang gak… last2 baru guru aku terangkan bahawa perkataan yang betul ialah “batok” iaitu sejenis gayung yang digunakan untuk mencedok air di tempayan. Kemudian masyarakat Melayu dulu2 letak tempayan dan batok di tepi tangga rumah untuk mencuci kaki. Benda tu sampai sekarang aku ingat.
    Junaidi Mohamed recently posted..Aku dan Adik Member : "Ada apa Pada Nama"My Profile

    • Faisal Abdullah says: February 8, 2012

      Thank for the komen bro… batok bukannya batuk eh..=)

  2. Yus says: February 6, 2012

    Betul tu bro. Blog kite kena ada hala tuju.. Aku pun baru gak. Tak sampai 2 minggu lagi. :-)
    Yus recently posted..Nur Fathia – Saya Tidak Pernah Letak HargaMy Profile

    • Faisal Abdullah says: February 8, 2012

      itu sgt penting..insya-Allah berjaya…

  3. ekkem says: February 3, 2012

    sakitla bro tengok requirement innity…bro ble kongsi rahsia ke?aku skg tgh on the way traffic memang ada peningkatan wlaupun slow…bro ade rahsia ke kongsi2 la hehe
    ekkem recently posted..5 Haunted places around the world.My Profile

    • Faisal Abdullah says: February 8, 2012

      itu maknanya dia nak kita work hard lagi…jangan mengalah

  4. Mus says: January 28, 2012

    alhamdulillah..
    dari menulis di blog, saya kini penulis di akhbar..
    blog memang banyak membantu keluarga saya (side-income)
    nak jadi blogger kena jujur pada diri sendiri dan minat dengan apa kita minat…
    Mus recently posted..Soto Campur ‘Marvellous’ Di Restoran Sofa, SegamaMy Profile

    • Mus says: January 28, 2012

      *minat dengan apa kita buat
      Mus recently posted..Soto Campur ‘Marvellous’ Di Restoran Sofa, SegamaMy Profile

    • Faisal says: January 28, 2012

      Menulis di akhbar?menarik tu..bro tulis pasal apa?bagaimana pula dgn bayarannya?

    • Mus says: January 28, 2012

      saya part time reporter untuk Berita Harian Edisi Sabah..
      Tulis mengenai Food & Travel (Sabah)
      Bayarannya.. ermm oklah.
      Mus recently posted..Soto Campur ‘Marvellous’ Di Restoran Sofa, SegamaMy Profile

    • Faisal Abdullah says: January 31, 2012

      menarik tu..saya pun berminat nak jadi penulis di ruang akbhar or majalah =)

  5. siTokei says: January 28, 2012

    aku pun tgh tercari-cari identiti….:)
    siTokei recently posted..Malam ini Liverpool vs Manchester United 4th Round FA CupMy Profile

Add a Comment

Fill in the form and submit.

CommentLuv badge

About Us

Nama aku Faisal.Seorang Blogger Hebat Dari Terengganu(Hahaha).Berusia 23 tahun dan mula berblogging sejak 2007.Mempunyai sebuah blog yang hebat iaitu 2dayblogger.com. Ini merupakan blog personal dan blog yang akan berkongsikan mengenai kejayaannya didalam dunia blogging sehingga mampu memperolehi hampir 20K tahun 2011.

Twitter Status

    • Bekas Banduan Geletar Mengaku Rogol Adik Kandung: KUALA TERENGGANU – Seorang bekas banduan menggeletar ketika me... 1 hour ago
    • Shila Amzah Bakal Kahwin Tiga Tahun Lagi Dengan Kekasihnya: Aura penyanyi muda, Shila Amzah kini semakin menyina... 2 hours ago
    • BERBARIS UNTUK LIHAT JANGGUT NABI MUHAMMAD: DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk m... 2 hours ago